Saturday, September 20, 2008

Berita Semasa

Thursday, September 18, 2008

Lion Air hubungkan Alor Star - Medan
OLEH: AMELIA HASHIM

ALOR STAR, 16 September: Kedah akan menjadikan lapangan terbang di Alor Star sebagai jalan perhubungan udara dengan Indonesia apabila syarikat penerbangan swasta terbesar Indonesia, Lion Air melaksanakan minatnya untuk mengadakan terbang langsung antara Medan ke sini.
"Ini bagi meningkatkan hubungan antara rakyat Indonnesia dengan Kedah melalui bidang pelancongan dan pengajian tinggi," kata Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Kedah Dato' Bashiruddin Haji Abdul Jamil sekembali daripada mengadakan lawatan kerja ke Jakarta.
Menurutnya, pihak pengurusan syarikat penerbangan itu pernah mengadakan lawatan ke Kedah pada Januari lalu, telah menyatakan minat mereka kepada Kerajaan Negeri untuk mengadakan penerbangan langsung antara Medah dengan Alor Star.
"Rombongan UPEN ke sana turut mengadakan perjumpaan dengan Lion Air dan berbincang mengenai penerbangan langsung itu dan nampaknya mereka masih berminat untuk meneruskan hasrat itu.
"Pihak Lion Air sangat positif dan akan membuat kajian sekali lagi ke Kedah manakala UPEN bagi pihak Kerajaan Negeri menjanjikan kerja sama sepenuhnya membantu menjayakan hasrat ini untuk kepentingan bersama, katanya.
Penerbangan langsung itu penting bagi Kedah yang akan melanjutkan kempen Tahun Melawat Kedah 2008 kepada 2009 dan telah pun menyiapkan pelbagai program bagi menyambut kunjungan pelancong baik dari dalam dan luar negara.
Katanya, UPEN juga sudah menyiapkan peta pelancongan negeri merangkumi semua daerah bagi kemudahan pelancong membuat pilihan destinasi mengikut cita rasa mereka walaupun mereka hanya ada 24 jam di Kedah tetapi masa itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya lawatan sekitar Alor Star.
Ramai golongan elit dari Indonesia yang menghantar anak-anak mereka belajar di IPT di Malaysia juga menjalani rawatan perubatan di sini. Justru itu Kedah boleh mengambil peluang ini dengan kemudahan IPT dan pusat-pusat perubatan yang ada di Kedah. Pada masa ini sekitar 500 pelajar Indonesia sedang belajar di pelbagai IPT di Kedah.
Selain itu penerbangan langsung dari Medan dengan Alor Star akan menjadikan Kedah pintu masuk bagi pelancong Indonesia yang mahu ke Selatan Thai.
Dalam lawatan kerja itu juga UPEN telah mengadakan perbincangan dengan Pihak Berkuasa Kampung Tradisional Betawi di Jakarta bagi meninjau dan mencari idea baru untuk projek Kampung Tradisional di Kedah yang akan dilaksanakan di atas kawasan seluas 19 hektar

No comments: