Tuesday, October 7, 2008

Kempen Keselamatan- YB Tan Chow Kang

DRIVE, RIDE & WALK SAFE YOU MAKE A DIFFERENCE

OLEH ABD WAHAB BIN OSMAN

LUNAS 25 September - Sepanjang Januari hingga Ogos 2008, sejumlah 342 kes melibatkan kematian dicatatkan di Negeri Kedah.

Daripada jumlah tersebut, 227 kes kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal, 59 adalah pemandu dan penumpang motokar, 23 adalah pejalan kaki dan lain-lain kenderaan yang melibatkan kematian sebanyak 30 kes.

Mengikut rekod, jumlah bilangan kenderaan yang berada di atas jalan raya meningkat daripada 1.3 juta kepada 1.4 juta kenderaan sehari.

Peningkatan dua kali ganda itu berbanding dengan purata kepadatan trafik 700,000 kenderaan sehari hingga 800,000 kenderaan sehari menjadikan tumpuan khusus Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Aidilfitri.

Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Kedah (JKJR), M. Surentharan, ekoran kempen-kempen keselamatan yang giat diadakan pada musim perayaan kadar kematian dapat diturunkan kepada15 kematian setiap hari.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Senator Ir Zazmri Yusof, Wakil Ketua Polis Negeri Kedah, ASP Mohd Roslan Ishak, Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, DSP Chin Su Song, Wakil Pengarah JPJ Negeri Kedah, Zabri Harun dan Wakil BKE Plaza Tol Lunas.

Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri di Plaza Tol BKE Lunas disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi JKJR Negeri Kedah, yang juga merupakan Adun Sidam, YB Tan Chow Kang.

“Bagi pengguna-pengguna jalan raya, saya merayu agar ikuti cogankata Pandu, Tunggang dan Jalan Dengan Selamat. Anda mampu mengubahnya.” Kata YB Tan Chow Kang.

Katanya lagi, “patuhilah nasihat-nasihat yang dianjurkan oleh JKJR, dan anda akan selamat bila memandu mengikut peraturan. “Drive, Ride & Walk Safe. You can make a difference.” ialah petua pemanduan yang baik untuk keselamatan semua orang.

Pada majlis tersebut turut diadakan kempen advokasi kepada orang awam selain pemberian cenderamata kepada pengguna-pengguna jalan raya yang lalu-lalang di Lebuhraya BKE-Lunas itu.

Tamat

No comments: