Tuesday, October 7, 2008

Jamuan Raya Di Kediaman Rasmi MB Kedah

Oleh : ZULKIFLI YAHYA
ALOR STAR - Kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Sri Mentaloon mencatat sejarah tersendiri apabila menerima kunjungan kira-kira 60ribu rakyat jelata negeri ini sempena sambutan Majlis Idul Fitri Menteri Besar yang diadakan di sini.Sambutan di Sri Mentaloon menjadi amat istimewa dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah ke majlis anjuran YAB Menteri Besar itu. Turut berangkat ialah KDYMM Tuanku Sultanah, DuliYang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah serta lain-lain kerabat DiRaja.Jika setiap tahun sebelum ini, majlis rumah terbuka Menteri Besardiadakan pada hari raya pertama, tapi pada tahun ini ianya diadakanpada hari raya keempat. Ini dikatakan antara faktor yang menyumbang kepada kehadiran luar biasa orang ramai.Ramai juga yang datang kerana ingin 'memijak' Sri Mentaloon setelah sejak berpuluh tahun tidak berpeluang atau tidak berminat berbuat demikian sebelum ini. Orang ramai dari pelbagai kaum mula menyerbu Sri Mentaloon sebaik pintu pagar di buka seawal jam 11.00 pagi. Ia berlarutan sehingga jam5.00 petang. Pelbagai juadah disediakan.Di majlis tersebut juga Menteri Besar telah bermurah hati menghulurkan duit raya kepada kanak-kanak.Walaupun kehadiran orang ramai adalah di luar dugaan, namun kecekapan pihak penganjur mengelolakan majlis menyebabkan keadaan terkawal dan orang ramai dapat menikmati jamuan dengan selesa.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 5:08 PM 0 comments

No comments: