Saturday, September 20, 2008

GLC Pertama di Rujuk Ke BPR

Thursday, September 18, 2008

Kumpulan Ladang GLC pertama dirujuk ke BPR, polis
OLEH: AMELIA HASHIM

ALOR STAR, 17 September: Syarikat Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd merupakan GLC pertama yang akan diambil tindakan oleh Kerana Negeri ekoran penyelewengan yang dilakukan di bawah pengurusan terdahulu. Menteri Besar YAB Dato' Seri Azizan Abdul Razak mengarahkan pihak pengurusannya membuat laporan kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) di atas penyelewengan tersebut.
"Syarikat ini telah pecah amanah dengan memberi gaji kepada tiga orang yang bukan pegawai syarikat itu tanpa kelulusan daripada mesyuarat Ahli Lembaga Pengarahnya.
"Salah guna wang melibatkan RM197 ribu yang disalurkan kepada tiga orang sebanyak RM2 ribu seorang setiap bulan dengan cara meletakkan nama mereka ke dalam senarai pekerja syarikat berkenaan bermula Disember 2004 hingga Mac 2008," kata Menteri Besar Kedah pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini.
YAB Dato' Seri Azizan enggan menyebut nama-nama yang terlibat tetapi menyatakan mereka adalah individu yang rapat dengan pucuk pimpinan Kedah dahulu dan telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat itu.
Syarikat ini milik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) beroperasi selama 28 tahun yang menyelia ladang-ladang milik PKNK dan juga swasta.

Berita Semasa

Thursday, September 18, 2008

Lion Air hubungkan Alor Star - Medan
OLEH: AMELIA HASHIM

ALOR STAR, 16 September: Kedah akan menjadikan lapangan terbang di Alor Star sebagai jalan perhubungan udara dengan Indonesia apabila syarikat penerbangan swasta terbesar Indonesia, Lion Air melaksanakan minatnya untuk mengadakan terbang langsung antara Medan ke sini.
"Ini bagi meningkatkan hubungan antara rakyat Indonnesia dengan Kedah melalui bidang pelancongan dan pengajian tinggi," kata Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Kedah Dato' Bashiruddin Haji Abdul Jamil sekembali daripada mengadakan lawatan kerja ke Jakarta.
Menurutnya, pihak pengurusan syarikat penerbangan itu pernah mengadakan lawatan ke Kedah pada Januari lalu, telah menyatakan minat mereka kepada Kerajaan Negeri untuk mengadakan penerbangan langsung antara Medah dengan Alor Star.
"Rombongan UPEN ke sana turut mengadakan perjumpaan dengan Lion Air dan berbincang mengenai penerbangan langsung itu dan nampaknya mereka masih berminat untuk meneruskan hasrat itu.
"Pihak Lion Air sangat positif dan akan membuat kajian sekali lagi ke Kedah manakala UPEN bagi pihak Kerajaan Negeri menjanjikan kerja sama sepenuhnya membantu menjayakan hasrat ini untuk kepentingan bersama, katanya.
Penerbangan langsung itu penting bagi Kedah yang akan melanjutkan kempen Tahun Melawat Kedah 2008 kepada 2009 dan telah pun menyiapkan pelbagai program bagi menyambut kunjungan pelancong baik dari dalam dan luar negara.
Katanya, UPEN juga sudah menyiapkan peta pelancongan negeri merangkumi semua daerah bagi kemudahan pelancong membuat pilihan destinasi mengikut cita rasa mereka walaupun mereka hanya ada 24 jam di Kedah tetapi masa itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya lawatan sekitar Alor Star.
Ramai golongan elit dari Indonesia yang menghantar anak-anak mereka belajar di IPT di Malaysia juga menjalani rawatan perubatan di sini. Justru itu Kedah boleh mengambil peluang ini dengan kemudahan IPT dan pusat-pusat perubatan yang ada di Kedah. Pada masa ini sekitar 500 pelajar Indonesia sedang belajar di pelbagai IPT di Kedah.
Selain itu penerbangan langsung dari Medan dengan Alor Star akan menjadikan Kedah pintu masuk bagi pelancong Indonesia yang mahu ke Selatan Thai.
Dalam lawatan kerja itu juga UPEN telah mengadakan perbincangan dengan Pihak Berkuasa Kampung Tradisional Betawi di Jakarta bagi meninjau dan mencari idea baru untuk projek Kampung Tradisional di Kedah yang akan dilaksanakan di atas kawasan seluas 19 hektar

Mangsa Banjir Terima Bantuan Daripada Takaful Iklas

Thursday, September 18, 2008

TAKAFUL IKHLAS BERI BANTUAN KEPADA 50 ORANG MANGSA BANJIR
OLEH: ABD WAHAB BIN OSMAN
GURUN 15 September - Baru-baru ini hampir 400 buah rumah di TitiLahar, Guar Chempedak dan Yan dilanda banjir kilat. Air yang naiksetinggi lima kaki itu telah merosakkan beberapa buah rumah di KampongTiti Lahar, Guar Nanas dan Kampong Kepala Bukit.
Musibah yang menimpa penduduk Bukit Selambau, Sidam dan Guar Chempedaktelah mendapat perhatian daripada Takaful Ikhlas dan telah memberibantuan kewangan sebanyak RM10 ribu. Sumbangan disampaikan olehPengurus Pemasaran Wilayah Utara, Hazrrie Abu Bakar berkata.
"Dengan bantuan tidak seberapa, Takaful Ikhlas ingin menunaikantanggungjawab sosial untuk meringankan bebanan yang ditanggung olehmangsa banjir," katanya.
Selain itu, katanya Syarikat Insuran Islam berkenaan turut menyalurkansumbangan melalui program Jejak Fakir Ramadhan yang dilancarkan tahunlepas untuk membantu golongan miskin.
Katanya lagi, Takaful Ikhlas bersedia membantu golongan daif disamping mempromosi dan mengembangkan syarikat insuran itu ke pedalamandi seluruh Negara.
Sumbangan kepada mangsa banjir tersebut disampaikan oleh PengerusiBadan Perhubungan PKR Negeri Kedah, Ir Zamri Yusuf.Dalam ucapannya, Zamri berkata sumbangan yang disampaikan adalahsebahagian daripada keperihatinan ahli-ahli masyarakat yang bersimpatidengan mangsa-mangsa banjir yang ditimpa musibah.
"Dalam suasana menyambut aidilfitri, anggaplah musibah ini sebagaisatu ujian dari tuhan yang mahu mendidik manusia agar menjadi lebihbersabar dan bertakwa," katanya lagi.
Kira-kira 50 keluarga mangsa banjir menerima sumbangan hamper daripadasyarikat insuran Islam Takaful Ikhlas dalam satu majlis yang diadakandi Dewan Serbaguna Guar Chempedak d

Mangsa Banjit Terima Bantuan



Thursday, September 18, 2008

SERAMAI 60 ORANG MANGSA BANJIR TERIMA SUMBANGAN
OLEH: ABD WAHAB BIN OSMAN
SUNGAI PETANI 15 September - Kira-kira 60 orang mangsa banjirkilat dari Kampung Raja dan Kampung Belah Dua yang dilanda banjirkilat menerima sumbangan daripada Adun Sidam YB Tan Chow Kang danPengerusi Badan Perhubungan PKR Negeri Kedah.Senator Ir Zamri Yusof.
Rumah-rumah yang ditenggelami banjir di Kampung Raja dan KampungBelah Dua yang dinaiki air setinggi 1.5 meter. Laporan kerosakan rumahyang layak menerima bantuan disediakan melalui Pengerusi JawatankuasaDaerah Mengundi (JDM) kampung berkenaan, Marzuki Idris.
Dalam ucapannya, YB Tan Chow Kang melahirkan rasa simpati dengansituasi yang dihadapi oleh mangsa banjir.
Katanya, "Walaupun bentuk sumbangan ini kecil, namun atas inisiatifsemua pihak, sumbangan ini diharap dapat meringankan bebanan yangditanggung oleh mangsa banjir."
Menurut Tan Chow Kang lagi, beliau bersama dua orang Ahli MajlisPerbandaran Sungai Petani dan 2 orang Jurutera Majlis PerbandaranSungai Petani telah meninjau lokasi banjir kilat di Pekan Lama danBelakang Dewan Beng Siew, Sungai Petani.
Sehubungan beliau telah meminta pihak Jurutera Majlis PerbandaranSungai Petani agar segera menyelesaikan masalah banjir kilat yangdihadapi oleh penduduk-penduduk di Kampung Raja dan Kampung Belah Dua.
Menurut Adun Sidam itu lagi, beliau telahpun menghubungi Ah Meng,pemilik tanah Num Yoong Hardware, lokasi yang sering dinaiki air disekitar Pekan Lama Sungai Petani.
Tan Chow Kang berkata, Ah Meng telahpun memberi kebenaran digunakantanahnya sepanjang 300 meter untuk dibina longkang sedalam 4 kakisebagai mengatasi masalah kejadian banjir kilat itu.
Majlis penyampaian sumbangan tersebut diadakan di hadapan Kedai AdAlbab, Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 3:13 PM