Saturday, September 20, 2008

GLC Pertama di Rujuk Ke BPR

Thursday, September 18, 2008

Kumpulan Ladang GLC pertama dirujuk ke BPR, polis
OLEH: AMELIA HASHIM

ALOR STAR, 17 September: Syarikat Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd merupakan GLC pertama yang akan diambil tindakan oleh Kerana Negeri ekoran penyelewengan yang dilakukan di bawah pengurusan terdahulu. Menteri Besar YAB Dato' Seri Azizan Abdul Razak mengarahkan pihak pengurusannya membuat laporan kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) di atas penyelewengan tersebut.
"Syarikat ini telah pecah amanah dengan memberi gaji kepada tiga orang yang bukan pegawai syarikat itu tanpa kelulusan daripada mesyuarat Ahli Lembaga Pengarahnya.
"Salah guna wang melibatkan RM197 ribu yang disalurkan kepada tiga orang sebanyak RM2 ribu seorang setiap bulan dengan cara meletakkan nama mereka ke dalam senarai pekerja syarikat berkenaan bermula Disember 2004 hingga Mac 2008," kata Menteri Besar Kedah pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini.
YAB Dato' Seri Azizan enggan menyebut nama-nama yang terlibat tetapi menyatakan mereka adalah individu yang rapat dengan pucuk pimpinan Kedah dahulu dan telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat itu.
Syarikat ini milik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) beroperasi selama 28 tahun yang menyelia ladang-ladang milik PKNK dan juga swasta.

No comments: