Tuesday, October 7, 2008

Wednesday, October 8, 2008

REHDA bantah polisi baru perumahan
Oleh: AMELIA HASHIM
ALOR STAR, 6 Oktober - Persatuan Pemaju Hartanah dan PerumahanMalaysia (REHDA) Cawangan Kedah/Perlis melahirkan rasa tidak puas hati dengan ura-ura Kerajaan Negeri mahu mewujudkan beberapa perubahan pada polisi perumahan negeri yang berkuatkuasa secara retrospektif pada 1September 2008.
Pengerusinya Encik Ricque Liew Yin Chew dalam sidang medianya membantah perubahan tersebut yang meletakkan pemaju perumahan dalam keadaan tertekan. Ini kerana sebelum ini industri perumahan negeri pernah mencadangkan supaya dilaksanakan mekanisma bagi melepaskanl ot-lot Melayu yang tidak terjual selepas jangkamasa enam bulan dari tarikh pelancaran atau kesiapan 50 peratus kemajuan kerja-kerjapembinaan fizikal.
"Sebaliknya perubahan baru ini menuntut peruntukan 50 peratus sebagailot Melayu untuk semua projek perumahan negeri termasuk di atas tanahluar Simpanan Melayu (Internasional).
"Ini tidak seperti negeri-negeri lain di Malaysia, Kedah mewajibkanpengendorsan sekatan lot untuk orang Melayu di atas setiap dokumen hakmilik berkenaan. Ini dilihat oleh REHDA sebagai bercanggah denganPeruntukan Kanun tanah Negara dan Perlembagaan Persekutuan," katanyayang bersedia mencabar di mahkamah jika perlu.
Menurutnya, dengan pelepasan lot-lot Melayu memberi bebanan kepada pemaju-pemaju dengan nilai jutaan ringgit dalam bentuk kos simpanan lot-lot ini untuk beberapa tahun akan datang.
Selain ini REHDA juga membantah rancangan penzonan semula tanah untuk pembangunan di Alor Star dan termasuklah tanah pembangunan ditukar semula kepada pertanian di daerah Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu dan Sik.
"Ada pemaju yang telah membeli tanah-tanah ini dan telah mengeluarkan perbelanjaan yang besar. Penukaran semula kepada pertanian akan menafikan hak rakyat memiliki rumah dalam daerah-daerah berkenaan.
Beliau mencabar kerajaan jika tujuannya untuk tingkatkan pengeluar padi usahalah kawasan tanaman padi seluruh negeri supaya berjaya mengeluarkan hasil dua kali ganda seperti di Sekinchan Selangor dan pamerkan peta penzonan baru itu.
Ujarnya, sekian tahun mereka melaksanakan projek perumahan di Kedah,sekiranya Kerajaan Negeri masih meneruskan rancangan ini REHDA tiada pilihan lain selain membawa ke mahkamah dan memberhentikan operasi di Kedah untuk mencari tapak baru di negeri lain.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 10:51 AM

No comments: