Tuesday, October 7, 2008

Tuesday, October 7, 2008

"Nak beli rumah, pemaju kata dah habis dijual..."
Oleh: AMELIA HASHIM
ALOR STAR, 4 Oktober - Dasar baru dan garis panduan pembangunan perumahan Kerajaan Negeri Kedah yang diluluskan dalam mesyuarat mingguan Exco baru-baru ini mengandungi penetapan kuota semua jenis rumah untuk Bumiputera yang dinaikkan daripada 30 peratus kepada 50peratus tidak menafikan hak kaum-kaum lain yang ada di negeri ini."Kerajaan Negeri yang akan menyerahkan pembangunan perumahan kepada GLC sekiranya pihak REHDA enggan memberi kerjasama dalam industri perumahan yang mampu dimiliki oleh kebanyakan rakyat yang tidak mempunyai rumah."Kita ada Bina Darulaman Bhd (BDB) yang boleh kita serahkan tanggungjawab ini," Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Azizan Abdul Razak berkata ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Persatuan Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Kedah/ Perlis Encik Ricque Liew Yin Chew dalam akhbar mendakwa syarikat pemaju perumahan mungking ulung tikar sekiranya Kerajaan Negeri tidak memansuhkan dasar baru itu.Encik Ricque Liew Yin Chew juga mahu Kerajaan Negeri mengikut dasar kuota nasional 30 peratus, mendakwa langkah itu akan menyebabkan keuntungan penjualan balik hartanah yang dibeli oleh Bumiputeramengikut harga pasaran terhad.Penetapan kuota semua jenis rumah untuk bumiputera yang di Kedah untuk memiliki rumah, kata YAB Dato' SeriAzizan kepada media di majlis rumah terbuka sempena sambutanEidulfitri di Mentaloon ."Dasar baru itu dipersetujui oleh anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap rakyat terutama kelas pertengahan mampu memiliki rumah sendiri."Keputusan ini juga dibuat selepas kajian mendapati masih ramai Bumiputera tidak dapat membeli rumah kerana kuota itu tidak mencukupi,"Majoriti 1.5 juta adalah orang Melayu dan selebihnya terdiri daripada kaum Cina, India dan lain-lain. Kita ada banyak bukti apabila Bumiputera hendak beli rumah pemaju kata sudah habis dijual," katanya.Untuk itu YAB Dato' Seri Azizan mahu pemaju perumahan membina lebih banyak rumah mampu milik seperti kos sederhana berbanding berhargaRM300,00 yang mampu dibeli golongan pertengahan khususnya di bandar.Kerajaan mahu semua rakyat mampu milik rumah, kalau harga rumah RM250,000 ke atas tidak ramai yang mampu membeli. Harga ini hanya mampu dibeli oleh warga negara asing."Keputusan yang dibuat kerajaan bertujuan melindungi hak dan kepentingan orang ramai tapi kalau cakap pasal keuntungan memang(pemaju) akan tutup, gulung tikar, tetapi tak mungkin mereka tidak mendapat untung," katanya.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 5:10 PM 0 comments

No comments: